UNTUK ANDA YANG ADA MASALAH & TERTANYA-TANYA:

  • Nak sangat belajar mengaji tapi tak sempat?
  • Bila lah nak masuk Quran pulak, lama dah belajar iqra ni?
  • Sedih sangat dari dulu repeat baca surah Yasin semata. Itu je ke termampu?
  • Bila dah berumur ni rasa menyesal tak belajar awal?
  • Macam mana nak sebut huruf ni? Kenapa macam sama je sebutan dia? Apa beza dia?
  • Setiap kali mengaji langgar je tajwid semua. Sampai bila nak macam ni?
  • Perlu ke ambil kelas? Nanti tak sempat nak set masa pula?

Teruskan baca laman ini jika anda mahu:

? Fleksibel boleh belajar bila-bila masa. Boleh tentukan sendiri masa yang sesuai.

? Belajar ikut kemampuan sendiri. Nak laju boleh nak slow boleh.

? Lebih yakin setiap kali baca Quran tanpa takut tersalah makna bila tersalah baca.

? Mula mengaji Quran dengan mudah & cepat lancar tanpa perlu hafal tajwid.

LANCAR MENGAJI DENGAN MUDAH, BELAJAR BILA-BILA MASA & BERGURU TANPA RAGU-RAGU

Proven step-by-step bagaimana untuk belajar dengan mudah, hasil yang cepat dan bina tabiat mengaji Quran setiap hari. Secara konsisten, tanpa perlu motivasi!

Hanya dengan Funfurqan belajar 10 minit je dah cukup. Asalkan konsisten. Nak konsisten pun tak susah sebab boleh belajar bila-bila masa dan dimana jua.

Anda juga boleh belajar ikut masa sendiri. Tak perlu set masa atau terpaksa cancel kelas. Stop tercari-cari video terbaik dan sesuai di Youtube atau Tiktok. Boleh terus skip kepada proven method ini.

Cara ni tak stress sebab anda ikut tahap kemampuan yang sesuai. Ikut level sendiri tanpa rasa malu bila tersalah depan kawan dan ustazah.

Paling best secara tak langsung anda akan ada habit mengaji setiap hari kerana:

Waktu belajar mudah.
Cara belajar mudah.
Modul belajar mudah.

Proven & repeatable formula untuk mengaji lancar ni bukan hanya untuk siapa yang nak mula dari asas. Bahkan untuk yang dah belajar tajwid tapi selalu keliru bagaimana nak tajwidkan ayat.

Dulu down,
sekarang termotivasi!

“Saya belajar mengaji ni bermacam cara dah. Dulu bila lambat sangat catch up saya jadi down.

Tapi kelas ni beza sangat sebab boleh repeat bila-bila masa je kita suka. Boleh cepatkan progress atau lambatkan.

Paling suka kita boleh mark bila dah complete so boleh nampak progress kita sampai mana, kita termotivasi untuk teruskan.”

– Puan Azira

PROVEN METHOD TU MACAM MANA?

Penerangan tajwid setiap ayat lengkap 30 juzuk.

Waktu belajar fleksibel pada bila-bila masa.

Guru bertauliah supaya anda lebih yakin mengaji betul.

Lancar mengaji bertajwid dengan mudah dan cepat khatam Quran.

Capai 67% dalam masa 4 hari.

“Sangat-sangat mudah, flexible dengan masa saya..”

– Puan Zarina

LANCAR MENGAJI BERTAJWID TANPA RISAU & IMPROVE BACAAN ON THE SPOT

Campak jauh-jauh rasa penat dan pening kepala, tinggal play video & ulang ikut sebut je!

CHAPTER #1

Penerangan Tajwid Per Ayat 30 Juzuk

  • Penerangan jelas dan terperinci cara baca dan tajwid per ayat
  • Kaedah belajar dari satu surah ke satu surah
  • Cara cepat & mudah faham penggunaan tajwid setiap ayat
  • Elak salah baca yang bawa makna berbeza dan berdosa
  • Kuasai ayat panjang atau pendek dengan betul dan yakin

CHAPTER #2

Formula Makhraj Berbaris

  • Strategi kenal 84 huruf berbaris atas, bawah & depan tanpa mudah terkeliru
  • Langkah demi langkah cara menyebut huruf hijaiyyah dengan sempurna
  • Kenali 14 pasang huruf yang berbunyi hampir sama & bagaimana untuk bezakan
  • Teknik kenal dan sebut macam main Puzzle, gabung-gabung dah dapat
  • Sesi pengukuhan melatih otak mengenal huruf dan baris secara rawak sehingga mahir

CHAPTER #3

Beza Huruf Bersambung & Tidak

  • Mana satu sebenarnya huruf bersambung dan tidak bersambung & bagaimana nak tahu
  • Audio 120+ patah perkataan bersambung dan tidak bersambung bersama visual
  • 3 jenis kedudukan huruf yang wajib faham supaya tak tersalah baca bila bersambung atau terpisah
  • Cara untuk periksa sendiri kefahaman huruf bersambung atau terpisah sebelum masuk level seterusnya

CHAPTER #4

Simbol Asas Panjang Pendek

  • Teknik kuasai simbol panjang 2 harakat iaitu asas kepada tajwid lebih advance
  • Bagaimana nak faham 3 jenis baca panjang 2 harakat dalam ayat
  • Langkah kenal simbol panjang 2 harakat secara sistematik bermula baris atas sehingga baris depan
  • Contoh simbol panjang 2 harakat yang dibaca ketika bersambung, berhenti atau ada kedua-dua tanda baca bersambung dan berhenti
  • Cara baca 2 harakat yang tiada sebarang tanda atau baris. Juga contoh tanda alif kecil, wau kecil dan ya kecil

CHAPTER #5

Kenal Simbol Tanpa Hafal Hukum

  • Cara paling mudah nak faham tajwid tanpa pening dengan teknik & jargon yang pelik. Tahu simbol je dah cukup
  • Teknik bezakan cara bunyi syaddah dan tanda mati supaya tak salah makna ayat
  • Hukum-hakam tajwid yang betul beserta audio yang jelas supaya tak salah sebutan – lengkap dengan contoh
  • Susunan belajar tajwid untuk elak keliru dan pening bila dah masuk mengaji Quran nanti

CHAPTER BONUS, PRIVATE CIRCLE & PRIVATE SESSION – SUPAYA MENGAJI LEBIH YAKIN DAN HILANG RASA TAKUT SALAH

CHAPTER BONUS

Pro Makhraj Pensyarah Darul Quran

Siri video penjelasan tentang makhraj dan sifat huruf yang lebih mendalam oleh Ustazah Diana, Pensyarah Darul Quran JAKIM secara tersusun.

Makhraj ni penting tau sebab kalau salah boleh juga ubah makna. Contohnya:

Qul: katakanlah
Kul: makanlah

Bunyi ‘Qul’ disebut di kerongkong manakala ‘Kul’ di pangkal lidah.

Wajib tahu bagaimana nak bezakan supaya tak berubah makna ayat.

PRIVATE CIRCLE FUNFURQAN

Update harian & Reminder

  • Bimbingan berterusan daripada ustazah berpengalaman 17 tahun.
  • Soal jawab tajwid
  • Cara bina skil konsisten mengaji dengan mudah tanpa motivasi

PRIVATE SESSION 1-to-1

Sesi Tahsin Individu

Tak lengkap rasanya bila dah belajar tapi tiada ustazah yang tasmik dan dengar bacaaan kita.

Sesi ini untuk anda yang nak ustazah dengar bacaan secara private.

Sesi ini juga akan direkod untuk anda akses semula pada bila-bila masa.

Anda boleh menggunakan platform video call whatsapp, google meet atau zoom.

Betul ke cara ni berkesan? Baca feedback yang dah cuba.

Puan Hamamah

Dulu:
? 2 tahun belajar iqra
? tak yakin bacaan

Sekarang:
? Mudah kenal panjang pendek
? Yakin mengaji tanpa ragu-ragu
? Ada masa belajar sebab fleksibel
? Lebih cepat dari iqra biasa

Puan Noraini

Sempat mengaji Quran setiap hari.

DULU:
? selalu tak lancar
? asyik terlupa rukun & cara baca

SEKARANG:
? waktu fleksibel
? boleh ulangkaji banyak kali

Anda dah bersedia nak berjaya macam mereka?

OKAY, PENDAFTARAN AKAN DIBUKA PADA JUMAAT, 13 SEPTEMBER 2024 JAM 12 TENGAH HARI.

DAFTAR WAITING LIST SEKARANG SUPAYA TAK TERLEPAS INFO BILA PENDAFTARAN DIBUKA..

Puan Ida Ahmad
Puan Nazariah
Puan Nor Azirah

SOALAN LAZIM

Perlukan maklumat tambahan sebelum dapatkan Kit Digital Funfurqan? Jawapan soalan lazim dibawah mungkin boleh bantu anda buat keputusan ?

Sesuai ke untuk yang baru mula?
Kelas ni belajar dari asas huruf hijaiyyah sehingga tajwid jadi sesuai untuk yang baru mula dan yang nak perbaiki bacaan Quran supaya lebih lancar.

Lagi best belajar terus dari surah ke surah. Kalau tak faham tajwid lagi pun boleh mengaji lancar & bertajwid dengan mudah.

Bagaimana kelas ni boleh bantu saya yang selalu tak sempat mengaji?
Semua siri video ini sangat ringkas dan mudah dihadam. Kami juga cadangkan anda hanya ambil masa 10 minit sahaja untuk belajar sambil boleh konsisten mengaji setiap hari dengan mudah.

Bila saya boleh akses Kelas Mengaji Digital Funfurqan ni?
Akses adalah secara terus dalam masa kurang 24 jam.

Ada moneyback guarantee?
Jika anda tak berpuas hati setelah join kelas mengaji ini, kami akan pulangkan wang anda 100% tanpa soal.

Funfurqan, SDQ Marketing and its authors, with its content, products, classes are not in any ways associated with Facebook, Facebook Ads, Whatsapp, Instagram and all products from Facebook Inc or Meta Technologies.

Copyright @ 2024 FUNFURQAN | Powered by SDQ Marketing

Scroll to Top